2012年4月11日星期三

不要乱坐翘翘板,小心接罚单(转载)

劝请各位市民注意,当大家去到公园游玩时,已满12岁的朋友们,千万别坐在翘翘板上面聊天。

因为已经有一位21岁的朋友,他因为晚上坐在翘翘板上面跟朋友聊天,结果被几个市议会的人开了一张RM500罚单给他!

因为在法律下,可能是违法的:

相关法令:
http://www.mpkluang.gov.my/web/guest/laws/uuktaman/s3



Seksyen 3
Mana-mana orang yang berada di dalam taman
  • Mengalih atau merosakkan apa-apa notis atau undang-undang kecil yang dipamerkan di dalamnya;
  • Menampal atau menegakkan apa-apa bill, pelekat, notis, panji-panji, sepanduk atau iklan pada atau di atas sesuatu tembok, pokok, pagar atau struktur;
  • Menggunakan apa-apa alat pembesar suara, amplifier, sistem siaraya atau lampu tumpu;
  • Mengalih, memindah, merosakkan atau mencacatkan mana-mana tempat duduk, perkakas tempat permainan kanak-kanak atau lain-lain peralatan;
  • Membuang atau menimbun apa jua kekotoran sampah atau sampah-sarap;
  • Memanjat mana-mana tembok, pagar, struktur atau pokok;
  • Menunggang atau memandu basikal atau kenderaan bermotor di atas mana-mana rumput atau lorong kaki;
  • Berjalan di atas batas bunga atau pokok-pokok renek;
  • Memotong, mengalih, merosakkan atau memusnahkan mana-mana bunga, benih, tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok;
  • Mengalih mana-mana rumput atau pokok-pokok renek;
  • Melontar atau membuang apa-apa batu atau lain-lain pelempar;
  • Mandi di dalam mana-mana kolam atau anak sungai melainkan di tempat mandi yang ditetapkan oleh Yang Dipertua bagi maksud itu;
  • Menggunakan sampan atau memancing di dalam mana-mana tasik atau anak sungai melainkan dengan kebenaran bertulis dari Yang Dipertua atau mengganggu dengan apa cara perjalanan air daripada mana-mana tasik yang melimpah;
  • Memasang api atau melepaskan apa-apa bunga api atau mercun atau melepaskan tembakan tanpa alasan sah dari segi undang-undang apa jua senjata api atau senapang angin tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Yang Dipertua;
  • Menerbangkan apa jua layang-layang atau bermain apa jua jenis permainan bola kecuali di tempat yang diperuntukkan khas untuk permainan itu;
  • Berumur lebih daripada 12 tahun menggunakan apa jua perkakas padang-padang permainan kanak-kanak;
  • Membasuh atau mengeringkan apa-apa barang atau memukul apa jua permaidani atau tikar;
  • Mendirikan apa jua struktur tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Yang Dipertua;
  • Mendedahkan untuk jualan atau menjual apa jua barang, benda atau makanan atau minuman kecuali di tempat dan masa untuk sesuatu upacara tertentu yang mungkun dibenarkan di dalamnya dan pada sesuatu masa yang diluluskan oleh Yang Dipertua;
  • Berkhutbah atau menyampaikan apa-apa syarahan kepada orang ramai atau berhimpun di dalam taman bagi tujuan mengadakan atau mengambil bahagian di dalam apa jua upacara agama, politik atau lain-lain perjumpaan atau mengadakan apa jua tunjuk perasaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Yang Dipertua.

没有评论: